vinefire

Join Vinefire!

Sunday, June 12, 2011

cara daftar akuan paypal

Cara Buka Akaun Paypal Dengan Debit Kad Maybank

Dulu aku ada akaun paypal, tapi tak verified lagi sebab takder kad kredit. Masa tu aku tak tahu lagi yang debit kad jugak boleh guna untuk linkkan bersama dengan akaun paypal. Dan sekarang makin mudah nak daftar akaun paypal sebab dah banyak bank bekerjasama dengan paypal ni antaranya Maybank, RHB dan Public bank. Dan rasanya, menggunakan kad debit lebih selamat dari kad kredit. Dan paling best, paypal turut menggunakan matawan Ringgit Malaysia (MYR).

Tahu tak apa itu paypal??? Rasanya sesiapa yang suka shopping online didalam atau luar negara atau pun penjual online (blogshop) mesti tahu apa itu paypal.





Apa itu PayPal?
PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.

Kelebihan menggunakan PayPal
  • Cepat - pembayaran dibuat serta-merta
  • Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  • Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  • Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  • Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  • Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

CARA DAFTAR PAYPAL

Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Kalau tak daftar online tu, rasanya susah sikit la nak buat. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.

1. Buka link http://www.paypal.com dan klik sign up.


2. Bila dah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik 'get started' kat bahagian 'premier'.


3. Lepas tu, isi la form yang keluar dengan maklumat yang betul yer. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Nur Alya Adriana, isi macam biasa.. Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Nur Alya, isikan 'first name' dengan Nur dan 'last name' dengan Alya. Biarkan middle name kosong.

4. Bila dah isi form, klik 'agreed and get started'. Bila sampai tahap ni, akan keluar gambar seperti di bawah.
5. Apa yang perlu anda buat, hold dulu. Kemudian anda log in Maybank2u guna tab yang baru yer dan secara auto, akan keluar gambar seperti di bawah. Lepas tu jangan segan silu untuk kik 'Maybankard Secure Online Shopping Registration' di bahagian yang den bulatkan tu yer.
6. Isi la apa-apa yang patut kat kat form bawah ni. Lepas tu klik save. Dan kembali pada laman paypal tadi.. Untuk halaman paypal yang hold tadi, boleh la di isi kad number yang ada di bahagian depan kad ATM, expired date dan CSC. Apa itu CSC, nanti klik sendiri kat 'what's this?'. Settle semua, klikcontinue.
7. Lupa pulak nak bagitau, pada tahap ni PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.

8. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari jer dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.

9. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik 'confirm debit card' dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank.

10. kena log in dulu maybank2u. Lepas tu, klik 'accounts and banking' kat tab menu. Dan seterusnya klik 'wadiah saving account'. Kemudian akan keluar gambar kat macam kat bawah ni.

11. Sila la klik 'debit card history', macam den tunjuk kat atas tu. Akhir sekali akan keluar statement. So, kat mana nak ambil 4 angka tu?? Ambil selepas perkataan 'SALE PP XXXX'. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.

Apa2 pun, sentiasa check email anda yer... Sebab PayPal akan hantar email samada langkah2 yang anda buat tu berjaya atau tidak...
psst : - tutorial paling panjang dan ambil masa yang lama yang pernah aku buat.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More